Wednesday, 9 December 2015

bentuk pencemaran

Bentuk pencemaran

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
·         Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida,sulfurdioksidaklorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.[2]
·         Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.[3]
·         Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke alam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.[4]
·         Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
·         Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalanraya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.
·         Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negative kepada haiwan dan manusia.
·         Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di Bandar besar.

·         Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.

No comments:

Post a Comment