PencemaranAlamSekitar
Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemaran seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alams ekitar yang
mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem,
serta mengganggu kepenggunaan alam sekitar.[1]
Takrifan pencemaran yang
lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang
menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,
kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,
yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,
keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
No comments:
Post a Comment